Wednesday, May 28, 2008

PELABURAN DALAM UNIT AMANAH ( PUBLIC MUTUAL)

Pelaburan di dalam unit amanah boleh dikatakan agak lama di Malaysia iaitu hampir 30 tahun. Cuma pada ketika itu syarikat yang mengendalikan urusan ini tidak banyak seperti sekarang. Dengan sebab itu tidak ramai yang sedar akan kewujudannya. Tetapi di negara- negara maju ia diterima sebagai satu medium pelaburan yang popular selain dari melabur di dalam saham- saham papan utama (stock).
Public Mutual adalah anak syarikat Public Bank yang bertanggungjawab dalam menguruskan dana unit amanah sama ada pelaburan dana islam dan bukan islam terbitan mereka. Syarikat ini yang mempunyai pengalaman selama 27 tahun, merupakan pengurus dana unit amanah yang terbesar di Malaysia dan ketika ini mempunyai lebih daripada 50 dana unit amanah. Sepanjang tempoh tersebut, mereka telah mendapat lebih dari 100 anugerah sama ada di dalam dan di luar negara yang mengiktiraf kecemerlangan mereka. Pada tahun 2007, mereka mendapat anugerah ' The Best Fund Manager in Asia'.

No comments:

 
Waklu!
Waklu! - Wealth, Affection, Knowledge, Life, Universe